MENGENAL, MENGAJUK, MENGECAM DAN MENAMAKAN BUNYI HAIWAN MURID MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 1

PENGENALAN


Selamat datang Ke Blog KSSR Pendidikan Khas Tahun 1 . Blog ini mengajar tentang bagaimana cara untuk membuatkmembantu murid-murid masalah pembelajaran dapat mengenali bunyi-bunyi haiwan di mana aktiviti ini lazimnya dapat membantu murid menguasai standard kandungan dan standard pembelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian kerajaan Malaysia (KPM)

Murid masalah pembelajaran terdiri daripada autism, lembam, down sindrom dan sebagainya. Mereka sering kali mengalami masalah dalam pembelajaran seperti masalah bahasa dan komunikasi. 

Bahasa adalah perantara untuk berkomukasi sesama mereka. Manusia perlu berkomunikasi kerana itulah lumrah kehidupan manusia yang saling memerlukan di antara satu sama lain dalam setiap aspek kehidupan. Tanpa keupayaan berbahasa, adalah sukar seseorang itu hendak meluahkan perasaannya, menyampaikan ideanya kepada orang lain, dan sebagainya.

Bab ini akan membincangkan tentang cara mengatasi masalah bahasa dan komunikasi yang meliputi masalah bahasa, masalah pertuturan, dan masalah kefasihan. Perbincangan akan tertumpu kepada cara membantu kanak-kanak yang menghadapai masalah tersebut. Dalam blog ini, saya akan memperkenalkan cara-cara untuk membantu mereka dapat mengenal, mengajuk dan menamakan bunyi-bunyi haiwan.

OBJEKTIF

Pada akhir bab ini, murid seharusnya dapat:

1. Mengenal bunyi haiwan.
2. Mengajuk bunyi haiwan.
3. Menamakan bunyi haiwan.


SET INDUKSI

                                       

                                       
1. Guru menayangkan sebuah rumah misteri.
2. Guru menyuruh murid mengambil objek yang terdapat dalam rumah misteri dan menanyakan
    beberapa soalan seperti :


  • Pernahkah kamu melihat haiwan ini?
  • Apakah warna haiwan ini?
  • Adakah kamu suka akan haiwan ini?
3. Murid menjawab persoalan-persoalan guru.

NOTA-NOTA


A)  Haiwan dan bahagian tubuh haiwan 

1.  Terdapat pelbagai jenis haiwan di sekeliling kita. 

2.  Setiap haiwan mempunyai bahagian tubuh yang tertentu.

3.  Sebahagian haiwan mempunyai ciri yang sama, misalnya,
      a)   mempunyai cangkerang
      b)   mempunyai sesunggut

4.  Haiwan juga mempunyai ciri yang berbeza antara satu sama lain. Misalnya,
      a)  berparuh
      b)  tidak berparuh


B)  Menghargai pelbagai haiwan di sekeliling kita 

1.  Haiwan yang berlainan menghasilkan bunyi yang berbeza.

2.  Haiwan bergerak dalam pelbagai cara.
3.  Kita harus menyayangi haiwan dan tidak menganiayai haiwan.




C) Belajar bunyi haiwan






VIDEO PENGAJARAN


Sebelum kita pergi lagi jauh, mari kita lihat dan dengar dengan teliti video di bawah.







1.      Murid ditayangkan dengan klip video bunyi haiwan.
2.      Murid meneka bunyi – bunyi haiwan tersebut.
3.      Guru bersoal jawab dengan murid tentang bunyi dan pergerakan haiwan. 
4.      Murid-murid diminta untuk menyebut nama-nama haiwan yang ada dalam video dan            memberitahu guru apa bunyi haiwan tersebut.
5.      Murid-murid juga diminta untuk mengajuk bunyi haiwan yang ada dalam video.


1. Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan.
2. Setiap kumpulan perlu menghantar 2 orang wakil untuk bertanding antara kumpulan.
3. Wakil bagi setiap kumpulan akan memilih satu gambar daripada beberapa gambar  
     binatang yang disediakan oleh guru.
4. Setiap kumpulan diminta untuk mengajuk gaya dan bunyi gambar binatang yang telah 
    dipilih.


KUIZ

Tahun 1 (DSKP KSSR Pendidikan Kas Masalah Pembelajaran):
MENGENAL, MENGAJUK DAN MENAMAKAN BUNYI HAIWAN










No comments:

Post a Comment